Ramainyer orang perak!


Semenjak dua menjak cerita Kak Limah makin popular,maka makin ramaila terlahirnya orang-orang yang boleh bercakap loghat perak. Tak tau la sama ada mereka itu memang orang perak ataupun hanyalah pengaruh filem semata-mata. Yang paling tak bestnyer, terlebih-lebih sudah pengaruhnyer. Kalau setakat percakapan,bolehlah tahan lagi. Nie dah sampai penulisan pun full totally loghat perak,dasatla tue. Saya rasa,orang perak sendiri tak menulis menggunakan loghat mereka. Guna bahasa standard. Eicet. Naik menyampah nak membacanya. Saya pun orang perak gak. Walaupun dilahirkan di KL(poyo), tapi saya dibesarkan dengan persekitaran negeri Perak.Kampung,Perak.Sekolah,Perak.Kengkawan,Perak. tapi,tak adalah saya nak senantiasa menggunakan loghat Perak. Kengkadang terlepas jugak. Nak wat macamana,memang dah jati diri.

Bukanlah maksud saya tidak boleh menggunakan loghat Perak. Melampau la tue. Macamla berdaulat sangat. Maksud saya,berpada-padalah menggunakannya. Tak semua orang boleh berbahasa Perak. Macam saya yang buta tuli bahasa negeri lain, tidak gemar rasanya kalau ada orang nak berbicara. Rasa nak jek suruh dia masuk balik kelas Bahasa Melayu.

Lelaki Kaya.

kenapa saya cari lelaki kaya? ia adalah untuk menyenangkan mak bapak saya,saudara mara saya dan sahabat handai saya.bukanlah saya ingin mengikis harta, tapi sebagai anak yang paling tua saya ingin menghadiahkan sebuah rumah untuk mak saya, kereta baru untuk ayah saya, berjalan sakan bersama makcik-makcik saya dan menghabiskan masa bersama-sama sahabat saya.terlampau berangan kan saya? tapi itulah cita-cita saya.

tidaklah perlu terlampau kaya sehingga mempunyai harta berjela-jela,jalan dikelilingi orang berbadan sasa dan rumah sebesar istana.cukuplah sekadar mempunyai kereta dan rumah sahaja supaya tidak perlu saya hantar mak ayah saya ke rumah orang tua.harap di simpangkanNYA.sungguh sedih rasanya kalau perlu menjadi nyata.saya tidak mahu menjadi anak yang DERHAKA.

itulah sebab mengapa saya mencari lelaki kaya.ia adalah untuk kesenangan keluarga saya dan bukan untuk saya. tapi semua ketentuan datang daripada-NYA.kita hanya mampu memohon kepada-NYA agar dia yang di jodohkan untuk kita,seperti yang kita pinta. saya tidak memilih sebenarnya.saya terima seadanya walaupun dianya hanya orang biasa.saya sanggup bersusah payah bersamanya asalkan dia sayang saya selamanya.

walaupun siapa awak sebenarnya,cepatlah datang jumpa saya.saya tunggu awak di rumah orang tua =)

statement yg sependapat ngan aku mengenai HMM

myMetro | Kalau boleh, buatlah lebih jujur

Merong Mahawangsa

Merong Mahawangsa..hmmmm..ok laa..
Fisrtly, saya high expection movie nie akan jadi cm cerita 300.tgk poster ada gaya dah.300 adalah satu-satunyer filem epik yg saya tonton dan ia yang terbaik.mungkin Merong nie tak sama ngan 300 tp atleast adalah sikit bau-bau bacang ngan 300.pegila tengok dengan harapan yang menyala yang ia akan jadi movie epik malaysia pertama yang saya suka tapi harapan tidak kesampaian.sian saya :(
is not too bad,just average.graphic ok,dialog ok.mungkin jalan cerita kot.tp tak taula.saya nie bukan peminat sejarah.dah sejarah macam tue,nk wat cmnekan.
firstly,ada part perang yang saya tak puas hati.masa Garuda datang menyerang,punyalah kuat angin,ribut petir bagai.tapi yang kelakarnya,pokok kat belakang tak bergoyang langsung.rambut pelakon pun angin-angin sepoi jek.hahaha.tak cukup kipas angin kot :p
secondly,part percintaan Merong dengan Embok.yang part putera Rome ngan Puteri Cina tue ok dah tapi ada ala-ala cerita puteri gunung ledang lak.copy ekk.si Merong ngan Embok nie pakai main jeling-jeling jek.tak feel langsung.tak meninggalkan kesan langsung percintaan sejati diorang.padahal watak utama nie.buatla something yang akan dikenang.ala-ala cam cinta Titanic tue sebabnya hero nie mati.mestila kita nk kenang saat-saat manis diorang.haiihhh
thirdly,masa Merong nk menyerang Garuda.dahla takde war planning langsung,pastue keajaiban alat yg dicipta pun tak beberapa berjaya ditonjolkan.cam takde pape jek benda tue.effect tak berapa nk best.Pastue Merong nk pegi menyerang Garuda mmg takde planning ke? tak nampak kecerdikan seorang pahlawan untuk pegi berperang.hentam sajala labu.janji badan berketul-ketul,boleh menang.ke memang sejarah macam tue?
forth,masa Merong mati.camtue jek? yang panglima cina mati,boleh plak berdialog bagai.Part Merong,serangkap pantun yang diwarisi,dah habes.sampai ati mak dia bagi pantun camtue.sedih tau.cam terpinga-pinga jap pengakhiran hayat si Merong.kena banyak tengok cerita perang lagi niee.bagila feel.tak sampai langsung kesedihan ketiadaan Merong Mahawangsa.nak gak menangis tuk Merong
fifth,yang paling important,tolong la kaji balik suara narrator.cam tak kena jek.tak sampai ceritanya pasai sebuk duk marah kt suara narrator.marah orang sebelah aku duk bising dalam panggung.kena banyak wat kajian lagi nieehh...

banyak lagila yg saya tak puas hati,tapi takde guna pun nak bising-bising.ada diorang kesah? takdenyee.cuma sebagai luahan pendapat seorang penonton yang telah menghabiskan duit untuk menyokong.bukanlah nak mengutuk.sebagai rakyat malaysia,saya akui filem nie memang banyak perubahan dan saya berbangga dengannya.memang bukan senang untuk membuat filem dan KRU memang telah mewujudkan satu impak yang baru.Tahniah untuk mereka.Cuma apa yang saya cuba sampaikan,masih banyak lagi yang perlu kita pelajari.jangan terlalu gah untuk memberi gambar yang baik,penyampaian juga perlu diambil berat.kami tak pandai,tapi tak berapa nak bodoh juga tuk menilai sesuatu filem itu.

p/s : Sedetik Lebih by Anuar Zain memang best tapi tak meningatkan langsung saya pada percintaan Merong ngan Embok :(

The Tourist



The tourist mempunyai jalan cerita yang agak menarik.Pada mulanya,kita akan kasihan pada Frank yang seakan-akan dianiaya.Cikgu math yang agak2 bodoh dan kesunyian akan mengikut segala arahan daripada miss universe dan di akhirnya dialah the plan master.Plan yg sungguh licik.Kita semua tertipu dengan wajah polosnya.

Johnny Depp ngan Angelina Jolie? Hmmm,bagi saya bukan satu kombinasi yg baik.Johnny Depp dengan gaya Jack Sparownya dan Angelina Jolie dengan gaya Tomb Ridernya membuatkan saya ternanti-nanti Johnny Depp membuat watak gila-gilanya dan sedikit aksi daripada Angelina Jolie tp diakhir cerita saya agak kecewa kerana semua itu tiada dalam cerita ini.Mereka hanya ditakdirkan sepasang kekasih yang biasa.Background music juga agak kekurangan dalam cerita ini sehingga babak yang sepatutnya dapat menaikkan semangat jadi seolah-olah tiada apa-apa.Music memainkan peranan penting dalam menyampaikan cerita.Jalan cerita menjadi seolah-olah mendatar sahaja.Tidak ada klimaks.

Secara keseruluhan,cerita ini tidaklah mengecewakan langsung.Kita tetap dapat lihat aksi-aksi gila daripada Johnny Depp yang membuatkan saya teringin nk tgk lagi.Kelakar.Walauapapun,Johnny Depp tetap nampak hensem dan Angelina Jolie memang nampak hebat.

Jalan cerita : 3/5
Panggung wayang : Wangsa Walk 5/5

Jiwang!

kenapa la banyak sangat orang jiwang sekarang nie.letih aku nk baca.
aku takde masalah dengan org yg berjiwang karat nie,tp klu setiap 5 minit nk announce yg si majnun cintakan si laila, si laila rindukan si majnun,letih la weh.ye kami tahu anda sedang bercinta dan kami tahu anda perfect for each other.cukup.simple is better.

mungkin ada yg kata,lantak kamilah nk wat apa,ko xyah la amek tau pasai kitorang.percayalah,saya memang taknk amek tau tp bila awak selalu menulis ayat shakespear awak tue,dia pun terkeluar la sekali di tempat saya.ye saya maksudkan di laman sosial.

yang rindukan bantal busukla,shoulder to cry on la,c'mmmonlaa.org lain bercinta gak.mungkin org kata sbb sy tak bercinta lagi dan tak paham perasaan org bercinta.mungkin betul tp klu sy bercinta pun,biarlah luahan perasaan antara saya dan dia sahaja.lagi manis begitu dan percayalah saya adalah seorg yang jiwang

saya minta maaf klu ada yg terasa tp bukan niat saya begitu.laman sosial digunakan untuk mengeratkan perhubungan,bukannya memutuskan hubungan.kita masih ada orang tua yang perlu dijaga air muka :)

2011

2011

bermula sebuah tahun baru
bermula semula azam baru
bermula semula perkenalan baru
bermula semula cita-cita baru
semoga semua bermula dengan keyakinan baru

2011, here i come :)
treat me with gentelly!