Ramainyer orang perak!


Semenjak dua menjak cerita Kak Limah makin popular,maka makin ramaila terlahirnya orang-orang yang boleh bercakap loghat perak. Tak tau la sama ada mereka itu memang orang perak ataupun hanyalah pengaruh filem semata-mata. Yang paling tak bestnyer, terlebih-lebih sudah pengaruhnyer. Kalau setakat percakapan,bolehlah tahan lagi. Nie dah sampai penulisan pun full totally loghat perak,dasatla tue. Saya rasa,orang perak sendiri tak menulis menggunakan loghat mereka. Guna bahasa standard. Eicet. Naik menyampah nak membacanya. Saya pun orang perak gak. Walaupun dilahirkan di KL(poyo), tapi saya dibesarkan dengan persekitaran negeri Perak.Kampung,Perak.Sekolah,Perak.Kengkawan,Perak. tapi,tak adalah saya nak senantiasa menggunakan loghat Perak. Kengkadang terlepas jugak. Nak wat macamana,memang dah jati diri.

Bukanlah maksud saya tidak boleh menggunakan loghat Perak. Melampau la tue. Macamla berdaulat sangat. Maksud saya,berpada-padalah menggunakannya. Tak semua orang boleh berbahasa Perak. Macam saya yang buta tuli bahasa negeri lain, tidak gemar rasanya kalau ada orang nak berbicara. Rasa nak jek suruh dia masuk balik kelas Bahasa Melayu.

0 comments:

Post a Comment