The Tourist



The tourist mempunyai jalan cerita yang agak menarik.Pada mulanya,kita akan kasihan pada Frank yang seakan-akan dianiaya.Cikgu math yang agak2 bodoh dan kesunyian akan mengikut segala arahan daripada miss universe dan di akhirnya dialah the plan master.Plan yg sungguh licik.Kita semua tertipu dengan wajah polosnya.

Johnny Depp ngan Angelina Jolie? Hmmm,bagi saya bukan satu kombinasi yg baik.Johnny Depp dengan gaya Jack Sparownya dan Angelina Jolie dengan gaya Tomb Ridernya membuatkan saya ternanti-nanti Johnny Depp membuat watak gila-gilanya dan sedikit aksi daripada Angelina Jolie tp diakhir cerita saya agak kecewa kerana semua itu tiada dalam cerita ini.Mereka hanya ditakdirkan sepasang kekasih yang biasa.Background music juga agak kekurangan dalam cerita ini sehingga babak yang sepatutnya dapat menaikkan semangat jadi seolah-olah tiada apa-apa.Music memainkan peranan penting dalam menyampaikan cerita.Jalan cerita menjadi seolah-olah mendatar sahaja.Tidak ada klimaks.

Secara keseruluhan,cerita ini tidaklah mengecewakan langsung.Kita tetap dapat lihat aksi-aksi gila daripada Johnny Depp yang membuatkan saya teringin nk tgk lagi.Kelakar.Walauapapun,Johnny Depp tetap nampak hensem dan Angelina Jolie memang nampak hebat.

Jalan cerita : 3/5
Panggung wayang : Wangsa Walk 5/5

0 comments:

Post a Comment